Perdagangan boleh menjadi sesuatu yang melelahkan kepada beberapa individu.
Sebagai seorang pedagang aktif, anda sentiasa di serbu dengan maklumat daripada kalendar ekonomi, seperti pelepasan data ekonomi, ucapan yang dijadualkan oleh pegawai kerajaan, dan laporan media.
Dan jangan kita lupa tentang peristiwa geopolitik yang tidak dijangka yang muncul.
Adakalanya sukar untuk memahaminya … untuk melihat maklumat tertentu yang benar-benar memberi kesan kepada perdagangan anda.
Rancangan perdagangan yang anda cipta hanya beberapa jam yang lalu boleh menjadi tidak relevan dan tidak berguna dengan satu notifikasi berita terkini.
Apabila perkara tidak berjalan seperti yang dirancang, ia boleh menjadi frustrasi, tetapi adalah penting bahawa anda tetap tenang.
Apabila rancangan perdagangan anda tidak berfungsi, ada tekanan psikologi untuk membuat keputusan sukar dengan cepat seperti sama ada untuk memotong kerugian atau memperluaskan had kerugian anda.
Patutkah anda mematuhi rancangan semasa atau menilai semula dan membuat yang baru?
Perasaan untuk tergesa-gesa bertindak sekarang boleh menjadi sangat tertekan dan anda akhirnya panik.
Untuk membantu mengatasi tekanan ini, ubah pandangan anda terhadap pengurusan masa.
Pengurusan masa merujuk kepada sejauh mana anda menganggap penggunaan masa anda sebagai sesuatu yang terancang dan memberikan sumbangan kepada matlamat tertentu.
Apabila anda panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini, anda merasa seolah-olah anda berdebat dengan diri sendiri antara keputusan yang berbeza dan berakhir dengan tiada hala tuju.
Anda hampir rasa seolah-olah anda kehilangan kawalan.
Inilah masanya untuk membawa kembali struktur ke dalam perdagangan anda.
Apabila anda menyedari bahawa masa anda tersusun dengan baik dan anda sedang berusaha untuk mencapai matlamat tertentu, anda akan merasa lebih tenang.
Apabila perdagangan anda tidak berjalan dengan baik, anda mula takut membuat kesilapan dan kurang yakin sama ada anda harus mematuhi rancangan perdagangan anda atau meninggalkannya dan membuat yang baru.
Apa yang perlu anda lakukan?
Pilih yang paling sesuai dengan persekitaran pasaran semasa.
Kuncinya adalah hanya memberi tumpuan kepada pelaksanaan rancangan apa pun yang anda pilih.
Apabila anda melaksanakan rancangan ini, anda akan merasa kembali berada dalam kawalan.
Apabila pengurusan masa anda terkawal, ia akan mengurangkan tekanan yang anda hadapi sebagai seorang pedagang..
Anda akan merasa lebih tenang.